Friday, February 3, 2012

PemberianNya yang sangat berharga..



Assalamualaikum.... Alhamdulillah Allah masih memberi kita kesempatan untuk belajar bermacam-macam lagi tentang ilmuNya yang sangat luas..

Hari ini puan atiqah nak menulis sebelum bersalin dan maybe akan lagi lama xdapat nak update blog(malas)hehehee.. Alhamdulillah Allah memberi puan atiqah rasa menjadi ibu insyaAllah.. pengalaman mengandung adalah satu nikmat yang sangat-sangat berharga dan tidak mampu digambarkan dengan perkataan.. Alhamdulillah usia kandungan kini 7 bulan, baby bergerak-gerak seperti mengajak ibunya berbual.. Saya sudah terbiasa bagun pukul 5am dan akan berzikir serta berbual-bual dengannya. Kini setiap pukul 5am pergerakan baby semakin kuat seperti mendengar saya berkata-kata.. Ya Allah nikmat mu amat besar kepadaku..

Indahnya kehidupan ini walaupun disulam dengan ujian.. Semoga kita sama-sama bersyukur atas nikmatNya.. Saya mohon sahabat-sahabat doakan kesihatan saya dan baby..semoga Allah permudahkan proses kelahirannya nanti.. Syukran..




Friday, January 6, 2012

Cabaran kehidupan.


Assalamualaikum... sudah lama rasanya puan atiqah tidak menaip. Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu.... Kehidupan kita dipenuhi dengan banyak cabaran dan kegembiraan yang diselang selikan..besarnya kekuasaan Allah.. dalam kita menghadapi masalah, Allah berikan suntikan kegembiraan selepasnya. tetapi adakah kita tergolong dari hamba yang melihat cabaran itu dari sudut positif??

Puan atiqah juga tidak lepas dari diuji...Akhir-akhir ini perkara yang tidak disangka berlaku, walaupun pedih untuk ditempuhi tetapi Allah memberi nikmat yang besar didalamnya. Alhamdulillah, puan atiqah kini pregnant 6 month, insyaAllah end of March akan bersalin.. Semoga Allah memudahkan urusan ini.Perjalanan kehidupan ini sangat indah...semoga kita sentiasa bersyukur atas nikmatNya..






Thursday, December 8, 2011

Alhamdulillah....


Assalamualaikum.... Alhamdulilllah kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaraNya. Semoga kita seorang hamba yang sentiasa mensyukuri atas segala nikmat yang diberikan..

Akhir-akhir ini puan atiqah tidak dapat online atas sebab laptop yang terpaksa dipinjamkan kepada adikku.. di U laptop seperti satu benda wajib yang mesti ada, kalau rosak mahu terbengkalai banyak benda terutama adikku ni belajar dalam bidang design... Semoga laptop ku di UTM akan memberi perkhidmatannya dengan baik. Sekarang nak online kena pinjam laptop en. saiful yang kena banyak bersabar ni..kehkehkeh...

Coretan kali ini puan atiqah ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, cikgu-cikgu dari tadika hingga sekarang, sahabat-sahabat saya atas dorongan dan bantuan anda semua atas kejayaan saya... Alhamdulillah... Terima Kasih...

-my graduation day with my lovely friends 'fatin'-






Wednesday, November 2, 2011

aktivitiku,,,,




Assalamualaikum... Alhamdulillah Allah masih memberi kita nikmat hidup.. Gunalah peluang ini untuk muhasabah diri dan menjadi lebih baik. (pesanan buat diri sendiri jgk).

Alhamdulillah 1 Nov puan atiqah dan en saiful sudah memiliki rumah sewa. Rasa besarnya rumah duduk 2 orang.huhu. Belum ada apa-apa lagi dalam rumah.. selepas kami berdua mengadakan mesyuarat 1 bulan akan beli 1 barang keperluan rumah sahaja... bulan ni beli dapur bulan depannya beli peti ais... mesin basuh dah ada..yeyeye... kena berjimat cermat...

Alhamdulillah en saiful dapat keje baru dengan kondusinya lebih baik..insyaAllah..(bila tengok abang pergi kerja jealousenya....nak pergi kerja juga tapi kena tunggu tahun depan bulan 4).

Dekat bawah ni just nak letak gambar aktiviti amar:


-Kami bawa amar pergi mandi sungai....sebelum berpindah-



-Gelagat amar..ade2 jela si kecik ni-


-Amar peminat angry birds... habis semua buku sekolah ada gambar burung-burung ni...(dia lukis..ada bakat)-



Saturday, October 22, 2011

My inspired-


Assalamualaikum... betul ke puan atiqah tak de mood untuk menulis? hehehehe.... sekarang dah ada balik, tapi mungkin sebulan 2 kali je boleh update blog.. Hari ni nak cerita tentang nenek saya..

Sesungguhnya saya sangat-sangat bangga mempunyai nenek sebegitu hebat. Beliau mempunyai 9 orang anak yang berpelajaran... "Allah beri nikmat selepas apa yang diusahakan dengan bersunguh-sunguh". Anak-anak nenek saya.... anak pertama, lecturer di Australia dalam bidang fizik. anak kedua, membuka perniagaan western food. anak ketiga mempunyai kepakaran dalam bidang masakan. anak ke4 seorang cikgu OKU di SMK. Anak ke5 seorang penolong kanan kokurikulum SMK. anak ke6 seorang guru OKU di SMK. Anak ke 7, seorang engineer perkapalan syarikat terkemuka di MAS. Anak ke 8 engineer di TM. dan anak ke 9 seorang Doc pertanian di MARDI.... wow, hebatnya nenek saya..

Saya sangat teruja bila emak saya ceritakan kehidupan mereka adik beradik sewaktu kecil. Dengan kematian suami ketika usia muda dan mendidik serta mentarbiah 9 orang anak bukan mudah bagi saya... Nenek saya kini berumur 85 tahun, setiap hari dia banyak meluangkan masa bersama pokok-pokok di sekitar rumah dan duduk di tikar solat... '' Saya sayang nenek saya."...

Kalau balik kampung saya ni suka jalan-jalan sekitar kampung menyapa orang kampung...hahahah..padahal tak kenal pon. tapi kalau orang tanya anak siapa, cucu siapa..sebut nama nenek insyaAllah orang kenal. Kenapa mereka boleh kenal nenenk saya?? sebab nenek saya seorang yang garang dan dia memepertahankan soal pendidikan. biar dia susah asalkan anak-anak dia pergi sekolah.. sampai sekarang pon nenek saya masih garang. =)

Coretan ini ditulis sebab rindu dekat nenek..(dah lama tak balik johor).. dan bangga dengan nenek.




Wednesday, October 19, 2011

Tidak bermaya nak update blog....


Assalamualaikum... puan atiqah tidak tahu nak tulis apa dekat blog dia... keh..keh.

Minggu-minggu lepas dihabiskan masa unuk masak dan makan. Try western food. tapi xboleh nak upload lagi picnye sebab tidakla jumpa cable camera puan atiqah. Makanan yg dibuat pizza, caramel, puff sardin dan choclate.... sedapnya makan.

Di kesempatan ini puan atiqah nak mengucapkan tahniah kepada Hakim.. finished their degree in Economy at UKM. (my cousin yang same umur, tahniah juga sebab sudah dilamar beberapa syarikat untuk berkhidmat...terbaik) my cousin firdaus...finished their diploma..... and my lovely auntie DR, Tosiah....get their PHD from UPM... kamu semua memang terhebat..... puan atiqah punya graduasi?? insyaAllah next month...


Bersyukurlah atas nikmatNya... ini adalah pinjaman... dan ingatlah ilmu yang berguna dan dimanfaatkan kepada orang ramai dapat membantu kita disana kelak. insyaAllah... Doakan kita bersama...




Saturday, October 1, 2011

Pemergianya tidak kami sangka..


Assalamualaikum....

Pemergiannya tidak kami sangka..dalam setiap kegembiraan dikecapi..Allah akan selitkan beberapa cabaran lain... Walaupun kami adik beradik tidak terlalu rapat dengan beliau, tetapi kami sayang beliau... Ya Allah, sedang keyboard ini di tekan...air mata jatuh setitik demi setitik.. semalam, alhamdulillah dapat bercakap dengan fasihah di mesir... berita ini disampaikan, bergetar suara adik... setiap dari adik beradik kami sayang kan dia walaupun kami tidak mampu meluahkannya... Ya Allah biarlah pemergian ini adalah satu rahmat kepada beliau... Belum sampai seminggu pemergiannya, aku sangat rindu... terasa bayangan-bayangan dia bersama kami.. ya Allah...kau tempatkanlah dia bersama orang yang soleh... Ammin...

Mohon sedekahkan kan al-fatihah kepada nenek saya yang meninggal hari jumaat lepas..syukran..